Terms & Conditions


TERMA & SYARAT PENDAFTARAN (GENERAL)

Dengan mendaftar dan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma berikut:

1. Maklumat Pendaftaran

  • Anda wajib memberikan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini.

  • Sebarang maklumat palsu boleh menyebabkan akaun ditolak atau digantung.

2. Privasi & Data Peribadi

  • Maklumat anda digunakan untuk tujuan perkhidmatan, pengurusan akaun dan komunikasi.

  • Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali jika diminta oleh undang-undang.

3. Keselamatan Akaun

  • Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan dan akses akaun.

  • Sebarang aktiviti yang berlaku dalam akaun dianggap dilakukan oleh anda.

4. Penggunaan Perkhidmatan

  • Anda bersetuju menggunakan sistem secara sah dan tidak menyalahgunakannya.

  • Akaun boleh digantung jika terdapat penyalahgunaan atau aktiviti mencurigakan.

5. Perubahan Polisi

  • Kami berhak mengubah atau mengemas kini terma ini pada bila-bila masa.

  • Anda akan dimaklumkan melalui saluran rasmi jika terdapat perubahan penting.

6. Penerimaan Terma

Dengan melengkapkan pendaftaran, anda mengesahkan bahawa anda memahami dan bersetuju dengan semua terma yang dinyatakan.

__________---___________________________________---_______________

TERMA DAN SYARAT UNTUK Program Percubaan POS Software (Untuk Pelanggan)

MYSZTECH HUB – Trial Program Information

Terima kasih kerana menyertai Program Percubaan POS Software di bawah jenama MYSZTECH HUB. Program ini memberikan anda akses penuh kepada sistem kami selama 3 bulan secara percuma. Berikut adalah maklumat lengkap program:


1. Tempoh Percubaan (3-Month Free Trial)

  • Anda akan menerima akses penuh (full features & full modules) POS Software MYSZTECH HUB selama 3 bulan.

  • Tempoh percubaan bermula dari tarikh akaun diaktifkan.

  • Tiada sebarang bayaran dikenakan sepanjang tempoh trial.


2. Langganan Bermula Bulan Keempat

  • Pada bulan ke-4, bayaran langganan sebanyak RM69 sebulan akan dikenakan sekiranya anda ingin meneruskan penggunaan perisian POS kami.

  • Jika tidak meneruskan langganan, anda boleh menghentikan penggunaan tanpa caj tambahan.


3. Tablet 10.1 Inci Disertakan

  • Pelanggan akan menerima tablet 10.1 inci yang telah dipasang siap dengan POS Software MYSZTECH HUB.

  • Konfigurasi, setting, dan aktivasi akaun dilakukan oleh pihak kami sebelum penghantaran.


4. Penghantaran Pakej (Courier Delivery)

  • Pakej tablet akan dihantar melalui courier setelah
    ✔️ konfigurasi sistem selesai
    ✔️ akaun pelanggan diaktifkan

  • Tracking number akan diberikan untuk tujuan rujukan.


5. Bahan Latihan (Training & Guidelines)

  • Semua video panduan, manual penggunaan, dan training content akan disediakan kepada pelanggan melalui platform rasmi yang ditetapkan oleh MYSZTECH HUB.

  • Pelanggan boleh merujuk bahan latihan ini pada bila-bila masa.


6. Polisi Hak Cipta & Perlindungan Brand MYSZTECH HUB

6.1 Larangan Menyalin, Menggandakan atau Meniru Sistem

Segala percubaan untuk melakukan aktiviti berikut adalah dilarang dan akan dikenakan tindakan undang-undang:

  • Menyalin, mengubah, atau reverse-engineer sistem POS MYSZTECH HUB

  • Mengambil reka bentuk, UI/UX, modul, fungsi, atau mana-mana komponen software

  • Menggandakan atau mengedar software tanpa kebenaran rasmi

  • Menggunakan mana-mana komponen sistem bagi tujuan pembinaan produk pesaing

Semua teknologi, kod, modul, rekabentuk, dan kandungan adalah hak milik penuh MYSZTECH HUB.


6.2 Perlindungan Imej & Reputasi MYSZTECH HUB

  • Sebarang percubaan untuk merosakkan imej syarikat melalui fitnah, maklumat palsu, komentar yang sengaja memburukkan jenama, atau sabotaj adalah dilarang sama sekali.

  • Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan kredibiliti atau reputasi MYSZTECH HUB.

Tujuan polisi ini adalah untuk memastikan kualiti, kredibiliti, dan integriti jenama terjaga.